agak-agak memang wujud ke imaginary friends nie? pernah tak anak kowang tetiba say bye-bye to no one. huhu rayna dah buat sekali.
peristiwa nie baru je jadi 2 hari lepas. kiteorang balik lambat sebab mama lela (babysitter rayna) ajak makan-makan hari raya kat rumah die. so sampai rumah lebih kurang 9.00malam. mr. hubby penat sangat so die dah tertido dulu. so tinggallah eray & rayna. try jugak ajak rayna tido awal, tapi die tak mau. nak main-main.
so eray layanlah die bermain-main walaupun mata nie dah berat yang amat. tengah rayna seronok main dengan musical animal piano die, tetiba die campak piano tuh sambil menangis yang sangat kuat. eray try tenangkan die, tapi makin parah pulak.
nanges die tak macam biasa, macam scared of something. sebab mase die nanges mata die cam tengok kat one spot & meronta-ronta. eray & mr. hubby baca pelbagai ayat nak tenangkan die tapi tak berjaya. huh naik jugak bulu roma eray mase tuh.
adalah dekat 15mins non-stop jugak die menangis (meraung) dengan kuat, sampai hilang suara dan penat. eray pun try susukan die, alhamdulillah rayna makin bertenang & akhirnya tertidur. alhamdulillah malam tuh takde lagi kejadian yang tak diingini.
next morning pulak, satu lagi scene terjadi. sebelum mr. hubby bawak rayna turun bawah (rumah eray tingkat 7) sempat lak rayna say bye-bye. but not to me or mr. hubby. habes tuh, to whom? huhuhu agak misteri sebab memang takde orang kat spot yang rayna bye-bye tuh.
so mr. hubby assume yang last night rayna saw something. and maybe 'someone' tuh kacau rayna mase die tengah main piano & die nak berebut piano tuh dengan rayna. and that's y rayna meraung sambil pegang kuat2 piano die tuh.
huh harap-harap tak berulang lagi lar kejadian camni. panic dibuatnya.
pastu cerita kat my parents and ayah bagi ayat nabi sulaiman untuk diamalkan. ayah pesan if jadi lagi baca al-fatihah 3 kali & tiupkan dekat segelas air. pas2 raub air tuh dari atas kepala hingga ke dagu. insyaallah lari lar sume syaitan & iblis tuh.
google image: huh agak-agak camne lar rupa 'someone' yang rayna terlihat malam tuh ek?? if comel cam dalam cartoon fosters home for imaginary friend nie, ok lar jugak....hehehehe (huh masih takut sebenarnya)