Waktu makan boleh jadi waktu paling stress untuk ibu dan anak. Anda bagaimana? Anak suka makan atau anak tak suka makan? Boleh jadi perang, atau aksi kejar mengejar nak suruh anak makan. Lagi-lagilah kalau makan nasi. Yang anak suka fries, nugget, sosej dan jajan. Manalah bagus kan? Melihatkan anak-anak orang lain yang gebu-gebu, rasa cemburu mula bertandang sebab anak yang kat rumah kurus-kurus belaka.
Jadi apa nak buat bila anak tak suka makan? 10 Tips Bagi Anak Suka Makan
- Jangan 'stress' kan suasana makan. Cipta suasana gembira. Contoh: Sambil suap katakan "yeay, ini kapal terbang ayam nak landing dalam mulut adik. Pertama kali mungkin tak berjaya, cuba lagi. Jangan putus asa.
- Jika anak dah makan, jangan paksa dia untuk makan lagi. Perut anak, bukan sebesar perut anda.
- Pelbagaikan pilihan makanan berkhasiat.
- Gunakan kreativiti untuk deco makanan. Banyak peralatan bento dijual sekarang seperti di Daiso. Antaranya 'rice moulder' dan cutter dengan pelbagai bentuk.
- Haramkan makanan tidak sihat di rumah. Kalau anda nak, makan sorok-sorok.
- Elakkan minuman manis kordial. Kalau anak haus, hanya berikan air kosong. Dia akan minum jika dia betul haus.
- Elakkan beri buah yang tinggi gula seperti mangga atau pisang.
- Ajak anak anda join waktu menyediakan makanan. Contohnya, ambilkan barang dalam peti sejuk. Atau letakkan gula, garam atau sos ke dalam makanan yang sedang di masak. Atau, ajak anak lumurkan kunyit pada ayam atau ikan. Messy is fun to them.
- Berikan kuantiti makanan yang sedikit, sesuai dengan perutnya. Dan tanya dia mahu lagi atau tidak selepas makanan habis.
- Beri pinggan kosong dan suruh anak ceduk apa yang dia mahukan.
saya tak nak makan..lalalalala |
Amaran! Jangan sesekali paksa anak makan. Anak anda boleh tercekik. Dan paksaan boleh mendera emosi anak.
Jadikan waktu makan adalah waktu yang gembira. Bukan waktu yang penuh dengan kemarahan. Dari anak tak suka makan, boleh makan licin jika anda tahu 'tackle' anak untuk makan.
Jika anda telah mencuba segala cara untuk bagi anak makan. Tetapi anak tetap tak suka makan. Mungkin anda boleh masukkan Meal Shake Shaklee dalam senarai makanan anak-anak. Kerna ia membantu 'membuka' selera makan anak. Mungkin masalah anak anda yang tak suka makan akan selesai. Sampaikan anda pula yang buntu nak masak apa lagi untuk anak. Sebab anak asyik nak makan saje.
Sudahlah anak suka makan, anak pun menjadi susah untuk jatuh sakit. Kulit cantik dan anak jadi lebih cergas dan jadi lebih pintar. Dan Meal Shake juga membantu mengatasi masalah anak sembelit. Satu botol dengan banyak kebaikan.
Harga Meal Shake adalah RM113.75. Satu botol Meal Shake boleh digunakan lebih dari 4 bulan jika anak berumur di bawah 7 tahun.
Jika anda mahu mencuba Meal Shake boleh hubungi Suriya Majid di 016 773 1892.