Mak Dara suka sangat travel. Tapi yang tak gemarnya lepas tu mesti badan letih. Paling terasa lepas balik kampung suami. Jauh tu dari Ampang ke Kubang Kerian.
Bila sampai rumah, rasa letihnya Ya Allah. Sampai kekadang kena telan Panadol. Tapi paling kerap ambil MC lah. Pasal nak rest sehari sebelum naik kerja.
Tapi bila fikir balik macam tak best lah pulak. Takkan asyik nak MC je. Habis jejas bonus nanti tau. MD pun cari-carilah macam mana nak buat atasi rasa letih ni. Sampailah jumpa video ni, barulah dapat jawapan macam mana nak elak badan letih tu:
Kalau dia kata naik flight pun dah letih. Lagilah kalau travel naik kereta lama-lama. Lagilah penat sangat rasa badan.
Boleh hilang mood nak enjoy sakan kalau pergi bercuti. Rugi sehari pasal nak recover energy. Padahal kalau bertenaga, dah sah-sah sampai je dah pergi ke tempat yang dah dirancang nak pergi. Tak perlu delay lagi.
MD nak kongsikan 5 tips yang membantu atasi badan letih, walaupun seharian travel:
punyalah badan letih sampai tolak troli pun tertidur |
1- Minum Air Secukupnya
Sekarang di Malaysia musim panas. Jadi eloklah sangat minum air secukupnya. Apa kaitan air dengan penat?
Air ni macam minyak kereta. Cuba minyak kereta tak cukup, mana kereta boleh jalan kan? Jadi minum lah air dengan secukupnya.
Paling baik 2 liter sehari. Tapi bukanlah terus togok 2 liter tu. Minum sedikit-sedikit. Sebab minum secara gelojoh, hanya buat badan lagi senang nak alami dehidrasi.
Atau boleh ambil Performance Drink untuk jaga paras air dalam badan. Jadi badan bertenaga sepanjang masa. Tak rasa penat dah.
2- Makan Kacang
Patutlah bila dalam flight MAS, pramugari bagi kacang. Free pulak tu. MD juga terfikir, apesallah dia bagi kacang? Bagilah ice cream ke, sedap sikit.
Rupanya kacang ni sangat bagus bagi traveler. Menjadikankan traveler kekal bertenaga dan fokus.
Kalau lama dalam flight, bolehlah minta kacang tambah. Buat muka kesian, nanti dapat lebih.
3- Pack A Snacks
Sepanjang perjalanan kalau tak menguyah, tak lah seronok kan. Tapi jangan salah pilih snek yang tak sihat, macam jajan-jajan tu.
Boleh pilih dried fruit atau snek sihat yang lain. Snek ni membantu juga untuk kita terus rasa bertenaga dan bersemangat.
Bila mengantuk tanda badan dah letih, bolehlah kunyah-kunyah snek ni.
4- Say No To Makanan Kaya Lemak
Biasa dengar kan, bila makan nasi lemak mesti mengantuk. Makanan yang berlemak memang boleh buat badan rasa letih dengan cepat.
Jadi pilih makanan dengan bijak semasa travel. Pilih makanan yang sihat dan sebaiknya ambil protein yang baik. Protein sangat baik untuk jana tenaga.
Atau kalau mahu yang pantas, boleh bancuh serbuk soya semulajadi & non-GMO. Perut rasa kenyang dan paling best kekal bertenaga sepanjang traveling day.
Kalau nak ganti puasa pun sesuai sangat minum soya non-GMO. Energizing Soy Protein beri rasa kenyang lebih lama dan paling penting tak letih badan.
5- Jangan Duduk Je
Tips atasi badan letih yang no 5 ni khas untuk traveler yang menaiki kapal terbang. Jika flight delay atau transit kena tunda.
Elakkan duduk saja. Bila duduk saja, ia akan menurunkan kadar tenaga dan mulalah rasa letih dan tak bersemangat dah.
Sumber: kategeagen.com
Jadi gerakkanlah badan untuk cetuskan tenaga dan buat rasa lebih bersemangat. Berjalan-jalannlah di sekitar air port, tapi jangan sampai terlepas flight pula.
Bila dah tak penat, barulah seronok nak teruskan perjalanan kan? Dan setiap momen sepanjang perjalanan pasti terakam indah.
Nak order vitamin untuk travel , SMS/Whatsapp 016 773 1892. Kalau nak tanya-tanya je, pun boleh.