Setiap kali ini melahirkan anak, pasti ibu akan berdepan dengan risiko. Tapi adakah sama risiko pembedahan ceaser dan kelahiran secara normal?
Bagi menghilangkan ketakutan ini, anda sebagai bakal ibu perlu mengetahui tentang risiko-risiko yang mungkin bakal dihidapi.
Bagi menghilangkan ketakutan ini, anda sebagai bakal ibu perlu mengetahui tentang risiko-risiko yang mungkin bakal dihidapi.
7 Risiko Melahirkan Secara Pembedahan
1- Bayi Mengalami Masalah Pernafasan
Masalah ini agak biasa terjadi bagi proses melahirkan secara pembedahan. Ini mungkin kerana paru-paru bayi tidak berkembang sepenuhnya.
2- Rahim Ibu Terkena Jangkitan
Risiko ini juga dikenali sebagai endometritis. Uterus mengalami keradangan atau jangkitan.
Kesannya ibu akan mengalami demam panas, sakit pada uterus dan ada lendir luar biasa yang keluar dari vagina.
3- Pendarahan
IIni juga risiko pembedahan ceaser yang sering berlaku. Berbeza dengan ibu yang melahirkan secara normal.
4- Kesan Buruk Anestasia
Risiko ini mungkin agak terpencil. Namun ada ibu-ibu yang alah atau mengalami reaksi buruk terhadap anestasia seperti epidural.
5- Pulmonary Embolism
Selepas pembedahan, akan ada risiko pembentukan gumpalan darah pada saraf. Biasanya pada kaki dan pelvik.
Gumpalan darah ini boleh ke paru-paru dan mengancam nyawa.
Keadaan ini disebut sebagai Pulmonary Embolism.
6- Luka Dijangkiti Kuman
Ini juga sering dialami, apatah lagi jika luka tidak dijaga dengan baik. Ia boleh menyebabkan nanah dan menjadi bengkak.
7- Cedera Semasa Pembedahan
Ada sesetengah kes berlakunya potongan yang tak disengajakan pada kulit bayi. Ibu juga tak terlepas untuk mengalami kecederaan.
Termasuklah kerosakan organ. Seperti pundi kencing.
Terdapat satu lagi perkara penting yang ibu-ibu perlu tahu. Pembedahan ceaser ini juga boleh menambah risiko untuk kehamilan seterusnya. Seperti rahim pecah.
Walaupun sudah mengalami ceaser bagi kelahiran pertama, masih ada peluang untuk melahirkan secara VBAC (vaginal birth after c-section). Ibu boleh dapatkan nasihat dari doktor dan pakar-pakar perubatan.