Assalamulaikum,
Bila tidak tahu tips yang betul. Urusan di dapur menjadi payah dan rumit. Nah ini 14 tips mudah di dapur. Anda umpama seorang chef yang hebat.
Dan lebih penting urusan di dapur menjadi mudah dan pantas.
14 Tips Mudah Di Dapur, Urusan Menjadi Lebih Mudah dan Pantas
1- Hilangkan Getah Buah di Jari
Ambil sebiji kentang dan kupas. Gunakan kulitnya dan digosokkan pada jari. Atau anda juga boleh gunakan cuka putih.
2- Kekalkan Kesegaran Tomato
Elakkan untuk letak tomata di dalam peti sejuk. Suhu yang rendah membuatkan baunya menjadi kurang. Rasanya juga akan terjejas. Tips ini juga boleh digunakan untuk buah-buahan citrus.
3- Susu Segar Tahan Lebih Lama
Tips mudah di dapur ini dapat mengelakkan susu segar mudah rosak. Ambil secubit garam dan masukkan ke dalam susu yang baru dibuka.
4- Bersihkan Dalam Cerek
Cerek yang digunakan berulang kali mungkin menyebabkan pengumpulan sisa kalsium di dalamnya. Cara untuk bersihkannya.
Masukkan 1/2 cawan cuka putih dan 1/2 cawan air. Kemudian panaskan cerek, tunggu hingga air mendidih. Jangan lupa bilas sebelum digunakan semula.
5- Tupperware Berbau
Perasan atau tidak? Tupperware yang lama tak digunakan, apabila dibuka keluar bau yang tak menyenangkan.
Mahu elakkan? Masukkan secubit garam ke dalam Tupperware, tutup dan simpan seperti biasa.
6- Sup Terlalu Berlemak
Hirup sup sedap. Tapi jadi tak seronok apabila lepas makan terasa lemak di kawasan mulut. Mahu buangkan lemak sebelum makan?
Pastikan sup sudah sejuk, masukkan seketul ais. Lelemak tadi akan terkumpul pada kuib ais tadi. Bolehlah ceduk dan buangkan.
7- Kopi Lebih
Buat satu bekas, tapi tak habis pula. Nanti! Janganlah buang. Masukkan ke dalam tray ais dan bekukan.
Jika teringin nak minum kopi susu ais, tak payah bancuh lagi. Tuangkan susu dan masukkan kiub ais kopi. Yammm!
8- Air Rebusan Pasta Berguna
Usah dibuang air rebusan pasta atau kentang. Simpan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan untuk menyiram pokok. Banyak nutrisi air rebusan ini tau. Pokok pun sukannya.
9- Uji Kesegaran Telur
Masukkan telur ke dalam air lebih kurang 10cm. Jika telur jatuh ke dasar bermakna telur segar. Terapung bermakna telur sudah melepasi tahap segar.
Dan jika di antara dua, telur sudah menjadi kurang segar. Gunakanlah segera.
10- Salad Tahan Lama
Basuh bersih, kemudian keringkan. Pastikan betul-betul kering. Gunakan ziplock bag, sebelum masukkan salad bersih. Letakkan dahulu 'paper towel' di dalamnya, kemudian masukkan salad tadi.
11- Sup Terlebih Masin
Jangan risau, sup masih dapat diselamatkan. Ikut saja tips mudah di dapur ini. Kupas kentang beberapa biji, dan masukkan ke dalam sup tadi.
Kentang akan meresap lebihan rasa masin.
12- Roti Mula Mengering dan Keras
Ada cara untuk kembalikan kelembutan dan kelembapan roti. Masukkan batang saderi ke dalam plastik roti dan tutup. Biarkan sebentar, roti akan kembali enak.
13- Nasi Hangus
Bau hangus nasi membuatkan terbantut selera makan. Cara untuk hilangkan bau hangus, letak sekeping roti putih di atas nasi. Biarkan selama 5-10 minit. Bau hangus akan menghilang.
14- Pisang Cepat Busuk
Pisang antara buah yang cepat benyek. Usah simpan terus sesikat pisang begitu sahaja. Pisahkan pisang menjadi sebiji-sebiji.
Dengan ini pisang akan kekal segar lebih lama.