Apalah makna blogger tanpa blogwalking. Seolah-olah kita duduk di rumah tapi tak kenal satu pun jiran tetangga. Jadi MakDara (MD) nak kongsikan tips blogwalking yang pantas, tapi tetap tinggal komen yang mantap. Buat blogger lain suka nak datang balik blog kita.
Sebelum itu, buat yang tahu apa kebenda blogwalking ni meh MD nak share. Blogwalk ni seolah-olah kita pergi kunjungi rumah jiran dan sedara mara kita.
Cuma ia dilakukan di atas talian. Caranya, kita pergi ke blog orang lain. Baca entry dia, dan tinggalkan komen untuk dia.
Tapi kadang-kadang ia mengambil masa yang lama. Jadi bagaimana nak blogwalking dengan pantas. Tapi tetap komen cun melecun?
5 Tips Blogwalking Pantas dan Komen Mantap!
1- Buat Senarai
Payah dan buang masa kalau time kita nak blogwalk tulah baru kita terhegeh-hegeh nak cari blog mana kita nak pergi.Oleh itu, buat satu senarai. Masukkan blog-blog yang kita dah pernah kunjungi dalam senarai. Senarai ni boleh buat dalam excel sahaja.
Atau mana-manalah yang sesuai untuk korang.
2- Fast Reading
Ini yang MD amalkan bila blogwalk. Baca tajuk, baca atas sikit dan bawah.Dengan itu kita dah boleh tahu apa yang dicerita oleh blogger. Lepas itu kita komenlah semula apa yang dikongsi blogger tadi.
3- Jangan Meleret
Ya memang ada blog yang super best, bila baca satu entry. Buat kita nak scroll entry lain. Jangan!Tumpukan pada entry yang kita nak komen saja.
4- Tetapkan Masa
Peruntukan masa 30-60 minit untuk buat blogwalk. Cara ini membuatkan kita tak membuang masa.Sampai terganggu tugas-tugas lain.
5- Buat Target
Ya nak blogwalk pun kena letak target. Berapa blog yang kita nak blogwalk setiap hari.10 ke 20 ke? Terpulang, mengikut masa dan keperluan kita.
Dan paling penting sekali, ini peringatan yang paling penting!
Jangan tinggalkan komen seperti:
jom singgah blog saya
buat promosi produk
atau pun komen yang takde kaitan dengan entry
Ingat tujuan asal buat blogwalk adalah untuk bina network di kalangan blogger. Kalau orang dah menyampah macam mana nak bina network kan?
Selamatlah mencuba 5 tips blogwalking ni. Moga memberi manfaat untuk semua.