Assalamualaikum,
Sudah lama anak-anak Eray minta nak bela kucing. Tapi Eray tak pernah tunaikan pun. Rasanya macam tak cukup masa nak uruskan si anak angkat tu nanti.
Orang kata, kalau sudah rezeki...tak kan pernah salah alamat.
Macam tu jugaklah kisah si Sven The Cat.
Pagi itu Eray dan suami nak pergi beli ikan. Ala-ala dating sekali (ginilah rupa orang ada anak punya dating). Ruwayfi tetap ada sekali dengan kitaorang.
Rayna dan Sofhea je dah ke sekolah.
Dapatlah juga borong berjenis-jenis ikan. Senang simpan buat stok seminggu.
Maklumlah Eray WAHM, jadi pengurusan rumah tangga ni memang sangat-sangat penting.
Masa nak balik rumah, tiba-tiba nampak ada benda kat tengah jalan raya. Eray ingatkan kotak. Eh tiba-tiba bergerak pula.
Cepat-cepat suruh suami berhentikan kereta. Eray pun turun, nak pastikan apa benda tu.
Dah dekat, rupanya ada anak kucing senang tergolek gembira. Niat di hati, angkat nak alih ke tepi.
Eh eh, bila dah alih tu...dia kejar-kejar Eray pula. Adalah 2-3 kali ulang alik. Sampai akhirnya, suami kata bawa balik jelah.
Nampak pun comot. Rupa kucing terbiar.
Dah jodoh agaknya si kucing ni dengan Eray sekeluarga. Teringat pula pertanyaan Ruwayfi pagi sebelum keluar rumah "Kita nak beli makanan cat ea Ayah?".
Oh rupanya petanda nak dapat anak angkat.
Sampai je rumah, terus bagi dia makan makanan kucing. Eray ada beli hari tu, sebab ada kucing kurus kering tumpang rumah. Sekarang entah hilang ke mana tah.
Lapar sangat nampaknya, macam berhari-hari tak makan.
Ruwayfi takut nak pegang. Tengok pun jauh-jauh je.
Bagi si kucing tu rehat dulu. Rayna dan Sofhea melompat gembira bila balik sekolah tengok ada anak kucing. Nak pegang Eray tak bagi dulu. Tunggu lepas kucing mandi.
Petang tu juga Eray mandikan dengan Basic H. Nak guna sabun biasa takut tak sesuai. Tak pasal-pasal nanti bulu gugur.
Basic H dah sah-sah semulajadi. Buat pun dari kelapa.
Mujur badan kecik si kucing, rontaan pun terkawal. Kalau tak mahu bercalar-balar.
Jenis pandai manjakan diri si kucing ni. Ruwayfi pun mula nak pegang-pegang.
Pagi tadi, lepas Eray mandi "Ibu..ibu...tengok ni, Sven duduk kat Ruwayfi".
Sanggup dia bersila nak bagi Sven tidur nyenyak |
Masam tak Sven? |
Eray alihkan dedua atas sofa |
Pengaruh Frozen tak habis-habis. Si kakak-kakak bubuh nama Sven kat anak angkat baru.
Dahlah hari tu tersalah jantina. Ingatkan betina. Adalah 2-3 hari kitaorang duk panggil dia Loofa.
Seronok rupanya bila ada kucing kat rumah. Meriah!
Anak-anak buat Sven macam anak patung. Main doktor-doktor. Main mak-mak. Redha je si Sven ni.
Moga berpanjanganlah jodoh Sven dengan kami sekeluarga.