Panaskan susu ibu dengan baik, dapat elakkan susu ibu dari tercemar, rosak atau hilang nutrisi dan enzim. Ada beberapa pilihan cara untuk panaskan susu ibu. Pilihan bergantung pada poket ibu ayah, keadaan di tempat jagaan anak-anak dan beberapa faktor lain.
Cara Pertama: Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)
- Alihkan susu ibu beku dari 'freezer' ke peti sejuk. Cairkan susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO (First In, First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan. Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.
Maklumat Tempoh Simpanan Susu Ibu:
- Deep Freezer: 6-12 bulan
- Freezer Peti Sejuk (2 Pintu) : 3-6 bulan
- Freezer Peti Sejuk (1 Pintu) : 2 minggu
- Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.
- Cairkan pada waktu malam, sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke peti sejuk dan biarkan ianya mencair lengkap. Atau letakkan di bawah air paip untuk cairkannya.
- Sebaiknya gunakan susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan, boleh terus disimpan dalam peti sejuk hingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti sejuk). Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.
AMARAN: JANGAN BEKUKAN SEMULA SUSU IBU YANG TELAH CAIR
Cara Kedua: Teknik Air Mengalir
- Letakkan susu ibu beku di bawah tap air yang sejuk. Suhu air perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat. Jika terus diletakkan di bawah air panas, berkemungkinan akan merosakkan enzim-enzim penting di dalam susu ibu. Goyangkan bekas susu ibu yang telah cair, untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.
- Perlahan-lahan naikan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi. Ubah suhu dari sejuk ke suhu bilik, kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak.
Nota 1: Berhenti panaskan susu ibu, jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas, boleh menjadi sebab mulut bayi akan melecur.
Nota 2: Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit fussy, panaskanlah susu pada suhu bilik.
- Jika menggunakan Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk). Tak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu.
- Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.
AMARAN: JANGAN GONCANG, NUTRISI DAN ENZIM AKAN ROSAK
Cara Ketiga: Rendamkan Dalam Air Suam
- Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap. Sebelum air mula mendidih. Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih.
AMARAN: JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API
- Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika agak ragu, pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan. Boleh terus panaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.
- Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan-lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.
Cara Keempat: Guna Warmer (Pemanas)
- Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.
- Ada 2 jenis warmer, yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu (yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual.
- Bunyi atau lampu akan menyala jika proses panaskan susu ibu telah selesai.
Sesekali buatlah spot check. Tanyakan cara pengasuh memberi susu pada anak kita. Bukan apa, hanya untuk memastikan anak kita mendapat susu ibu yang masih ada 'nilai'.
Tahukah ibu, walaupun susu ibu yang diperah digelar gred kedua dan ketiga. Ianya masih lagi terbaik jika dibandingkan dengan susu formula. Jadi ibu berusahalah. Usahakan beri yang terbaik untuk si manja. Gambate!