jom kita mulakan entry bulan mac nie dengan Resepi Sos Meatball Ikea yang Super Sedap. sebelum nak kongsi resepi nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang terchenta, walau lama tak update masih ramai lagi yang datang melawat. al maklumkan, alahan dan mabuk mengandung kali nie agak teruk, alhamdulillah telah kembali sihat. jadi nantikan lebih banyak perkongsian kisah kesihatan, penyusuan juga resepi (azam baru nak kongsi resepi) akan dikongsikan.
sejak dah sihat nie, semangat memasak membuak-buak. hampir hari-hari bawa bekal ke pejabat, kagum sekejap! jom kita tengok Resepi Sos Meatball Ikea yang Super Sedap nie.
Bahan-bahan
- 1 ulas bawang besar kuning (diced)
- 1 biji tomato (diced)
- 1/2 cawan susu segar
- 3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
- 2 sudu tepung gandum
- 1 cawan air
- 2 sudu sos tiram
- 3 sudu kicap manis
- 1/2 sudu serbuk lada hitam
- gula dan garam secukup rasa
nota 1: saya tak guna kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat
nota 2: kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul
Cara-caranya
- Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
- Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.
- Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
- Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
- Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
- Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.
nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.
Mudahkan, bahan pun tak mahal.
Cuma meatball saya tak buat sendiri, beli yang ready made, brand Azmy. memang sedap sangat. lepas nie saya akan cuba buat meatball sendiri. Untuk lengkapkan resepi meatball ikea nie, saya buatkan potato wedges. Cara nak buat pun sangat senang, hasilnya rangup di luar, lembut di dalam.
Bahan-bahan
- 4 biji kentang (potong bentuk wedges)
- garam
- serbuk lada hitam
Cara-caranya
- Didihkan air, rebuskan kentang hingga empuk, masukkan sedikit garam.
- Angkat dan toskan.
- Letakkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Akhir sekali, gorengkan di dalam kuali hingga kekuningan.
Owh ye, meatball tu gorengkan hingga warna sedikit coklat. Sekarang waktu yang paling seronok, hidangkan dalam pinggan. Letakkan meatball dan potato wedges tadi, siramkan kuah di atas meatball dan letakkan sedikit jem strawberry atau blueberry. Lepas tu silalah jemput makan. Tak rugi nak cuba Resepi Sos Meatball Ikea yang Super Sedap, rasa sekali pasti nak lagi.
Insyallah more resepi akan menyusul. Owh kedai shaklee saya tetap buka tau, order apa saja, insyaallah ada. makan sedap, jaga kesihatan, insyaallah bahagia hidup.
Suriya Ab Majid
ID Shaklee: 840943
016 773 1892
eray2311@gmail.com / welovesusuibu@gmail.com