"Timah, aku tengok anak kau nie kecik je, macam tak besar-besar. Tengok anak aku bagi susu tepung XX berketul-ketul tangan dengan paha, bukan macam anak ko kecik macam tak cukup zat"
Pernah tak dengar orang cakap begini pasal anak kita, salahkan susu ibu sebab bayi tak membesar-besar, kecik je. Sebenarnya kecik atau besar bayi bukanlah kayu pengukur bayi tu sihat, yang penting bayi sihat, ceria dan alert dengan persekitaran. Malahan jika bayi yang minum susu formula terlalu gempal cenderung memiliki masalah berat badan berlebihan bila besar nanti. Status berat badan bayi bukanlah masalah penyusuan susu ibu.
Berikut cara untuk kenal pasti status berat badan bayi korang:
- Dapatkan laporan kesihatan
berjumpalah dengan doktor kanak-kanak, biar yang pakar sahkan status saiz anak anda
- Rujuk kaunselor laktasi
Jika ragu dengan jumlah susu ibu yang bayi anda minum, jumpalah dengan kaunselor laktasi. Mereka akan menilai lekapan, corak penyusuan, jumlah susu perahan dan perkara lain yang berkaitan dengan susu ibu.
- Lihat pada ketinggian
Bila bayi sudah semakin aktif, kadar pertambahan berat badan bayi akan menjadi perlahan. Ketahuilah pembesaran bayi diukur pada ketinggian, bukan berat bayi.
- Kemahiran beri makan
Salah satu kemahiran yang perlu ada bagi setiap ibu dan ayah. make it fun, jangan jadikan waktu makan waktu yang paling tak disukai oleh si manja, be creative. Pastikan segala elemen piramid makanan dapat dinikmati si kecil.
- Pantau tahap tumbesaran
Buat rujukan kepada carta terbaru yang dikeluarkan WHO pada tahun 2006. Buat perbandingan tinggi dan berat bayi kita dengan carta. Tapi perlu diingat ini sebagai panduan sahaja.
Bayi kecil atau besar bukanlah termasuk dalam masalah penyusuan ibu. Percayalah susu ibu yang terbaik. Tidak perlu bertukar kepada susu formula hanya sekadar nak memuaskan hati sendiri dan orang-orang sekeliling. Pada mereka yang suka menyibuk, abaikan sahaja. Sebenarnya tiada orang lain yang lebih tahu samaada bayi sihat atau tidak melainkan ibunya sendiri.