Berita Tak Disangka, Dilamar Majalah Pa&Ma

Saturday, October 21, 2017

Ini ceria awal pagi tadi, tengah seronok menghirup Vico yang dicampurkan dengan Cinch Tea Mix. Teh ini bagus kalau mahu badan cergas dan cerdas. Bagus juga untuk kurangkan inci lilitan perut.

Sambil itu jari rancak menari-nari atas skrin telefon.

Habis semak Whatsapp dari customer dan prospek. Beralih pula untuk semak Messenger, sebenarnya jarang benar buka aplikasi ini. Rupanya ada banyak mesej yang masuk.

Mata tertancap pada satu pengirim, Cik Hasnita. Mulanya Eray ingatkan prospek yang mahu beli Set Postnatal Shaklee. Sekali bukan.

Cik Hasnita rupanya penulis dari web Pa&Ma. Terperanjat bila dia nyatakan hajatnya mahu melamar artikel Eray untuk dimasukkan ke majalah web Pa&Ma.


Orang kata, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Peluang begini bukan selalu datang kan? Mana tahu lepas ini boleh masuk televisyen pula. Berangan dulu pun jadilah.

Tadi saja ke Pa&Ma, eh sudah adalah artikel Eray. Harapnya secebis perkongsian itu dapatlah beri manfaat untuk ramai orang.

Inilah kemanisannya menulis. Moga terus diberikan kekuatan dan keizinan untuk terus menulis. Amin.


You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube