Aktiviti Cuti Sekolah 01: Buat Kek Coklat

Saturday, November 28, 2015

Assalamualaikum,

MakDara (MD) kurang berkenan bila anak duduk memerap tengok tv je. Jadi kenalah cari aktiviti cuti sekolah supaya anak-anak tak bosan.

Dalam masa yang sama, secara tak langsung mereka belajar. Dan paling penting ada masa berkualiti dengan mereka. 60 - 30 minit hanya bersama anak pun dah mencukupi.

MD rasa nak berkongsi dengan mak-mak lain. Mana tahu ada yang tengah tercari-cari idea nak buat apa.

Aktiviti cuti sekolah yang pertama adalah buat kek coklat. MD guna konsep 'I Can Cook'. Setiap orang dapat buat semua langkah nak jadikan kek.



MD ubah ukuran bahan-bahan buat kek supaya Rayna dan Sofhea dapat 'individual mix'. Seronok kemain sampai terkepit pintu almari.


Peralatan Yang Diperlukan:

  • 1 sudu besar
  • 1 garfu
  • 1 mangkuk kecil
  • 1 'muffin mould' boleh ganti dengan mangkuk kertas 

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1.5 sudu besar susu tepung
  • 1.5 sudu besar minyak masak
  • 4 sudu besar air sejuk 
  • 1 sudu kecil Nutella (optional)
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil soda bikarbonat 
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara:

  • Panaskan oven ke 160 darjah celcius 
  • Masukkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, garam, gula dan susu tepung ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  • Masukkan pula air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan Nutella (kalau ada). Gaul sebati. 
  • Jika adunan agak kental, tambahkan air sedikit-sedikit sehingga adunan agak cair.
  • Bakar dalam 20-25 minit.

Tips Bakar Kek Coklat Bersama Anak:

  • Jangan harap kesempurnaan. Biarkan anak terlibat dalam semua proses. Dari mengukur bahan sehingga mengaul adunan.
  • Ajarkan Bismillah sebelum memulakan kerja.
  • Ajaklah anak berselawat semasa mengaul kek.
  • Boleh juga selitkan cerita asal kejadian tepung, koko dan sebagainya.
  • Make it fun! Dan biarkan saja sepah yang dibuat.
  • Ajak mereka kemas meja dan peralatan.






Mesti anak-anak rasa enjoy sangat. Dan sangat teruja nak makan hasil kek yang dibuat sendiri.

Selain itu boleh juga buatkan satu jurnal aktiviti cuti sekolah. Ajak anak untuk tuliskan atau lukiskan apa yang mereka telah lakukan. Boleh jadi satu kenangan manis bila mereka besar nanti.



Be bold and be creative. 

Salam.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube