7 Tips Penyusuan Bayi Beraya Supaya Susu Tak Merudum Bila Naik Kerja

Wednesday, July 08, 2015

Lebih kurang seminggu lagi nak beraya. Tapi untuk mak-mak menyusu anak, perlu siapkan diri dengan tips penyusuan bayi di hari raya. Supaya susu tak merudum bila naik kerja.


Yelah kadang bila excited beraya berjumpa sanak saudara. Semua pun boleh lupa.

Jadi MakDara (MD) nak kongsi tips supaya mak-mak semua tak stress kendian hari. Bila pam-pam susu sikit je yang keluar. Banyaknya angin. Hehehe.

7 Tips Penyusuan Bayi Di Hari Raya

tips penyusuan bayi, tips menyusukan bayi, tips menyusukan anak, menyusukan bayi di tempat awam, menyusukan anak di tempat awam
saja letak gambar ni, kut lah balik beraya di kutub utara

1- Bawa Pam

Betul mulut bayi adalah yang terbaik. Tapi bila mak berkerja dan pam susu, maka mak telah pun menyediakan susu yang lebih dari yang sepatutnya bayi minum.

Oleh itu untuk maintain jumlah susu yang dipam, silalah bawa pam pulang ke kampung.

Kalau tak nak pun boleh. Tapi kena mermet.

2- Pam Susu Walau Sekejap

Seperti yang MD cakap, kena pam susu untuk maintain pengeluaran susu.

Perlu ke pam setiap 2-3 jam sekali? Macam tak logik pula, dah lah sibuk beraya kesana kemari.

Aha, tak payahlah pam setiap 2 jam tu. Cuma perlu pam sekali awal pagi dan sekali sebelum tidur.

Supaya breast betul kosong. Dan dapat hasilkan lagi susu yang diperlukan.

3- Minum Air Kosong Yang Cukup

Pelbagai air dihidang masa beraya. Tapi mak sila pastikan minum air kosong yang cukup.

Kalau susah nak dapat air kosong. Silalah bawa sesiap sebotol dua dari rumah.

Jadi dalam kereta bolehlah minum. Kut lah malu nak minta air kosong kat rumah sedara. Kan?

4- Jangan Biar Bayi Mengamuk

Ni lagi satu, lagi-lagi bila bayi tu memang exclusive menyusu.

Perhati que anak nak menyusu, walaupun waktu tu sibuk makan biskut raya.

Utamakan keperluan anak. Bila anak mengamuk, mungkin selera dia nak menyusu pun terbantut.

Bila terbantut, makanya tiadalah ransangan. Silap-silap bengkak susu dibuatkan.

Mungkin korang fikir bengkak pasal ada makan apa-apa. Tapi rupanya, susu tak secukupnya bagi kat anak.

5- Bawa Nursing Cover

Tips penyusuan bayi yang ni paling penting waktu beraya. Tak kira bila dan dimana, anak memang perlu disusukan.

Jadi sebagai langkah yang baik, untuk menyusukan bayi dan masa yang sama menjaga aurat. Gunalah nursing cover.

Kalau takde, boleh je cover guna tuala. Tak pun sila pusing menghadap kawasan yang takde orang.

6- Pakai Baju Tu Berpada-pada

Time berayalah nak melawa. Baju siapa paling kebabom. Tapi ingat jangan sampai jerat diri sendiri.

Ingat awak tu menyusukan anak. Pilih baju yang rakan penyusuan bayi. Baju kurung ke atau baju yang mudah nak diselak.

Elakkan baju kurung moden atau kebaya ketat yang confirm terkedek-kedek nak membukanya.

7- Jaga Makan

Nak elak terus ais tu macam tak logik pula. Minumlah berpada-pada. Jangan sampai sebab ais susu jadi kurang.

Makan pun kena pilih, ada makanan yang buat susu merudum. Ia mungkin tak untuk si dia. Tapi bila sendiri makan, terasa lembik je breast.

Jadi kenali diri dan kenali makanan. Makan pedas pun berpada, kalau tak nanti mungkin bayi pun boleh tercirit birit.

Tips penyusuan bayi di hari raya ni sangat praktikal. Cubalah lakukan. Insyaallah dengan senang hati mengepam dan susu maintain macam sebelum beraya hari tu. 

Huffingtonpost.com pun ada kongsikan tips menyusu di musim perayaan. Klik sini untuk membaca.

MD nak ucapkan selamat beraya, eh silap. Selamat mengejar 10 malam terakhir Ramadan. Moga tak sesia puasa kita sebulan. Salam.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube