5 Tips Memasak Cepat, 30 Minit Siap Masak & Dapur Pun Bersih Berkilat

Friday, April 24, 2015

Mahu tak Mak Dara (MD) kongsikan tips memasak cepat? Siap masak 2 lauk dalam masa 30 minit. Dapur pun siap bersih sekali. Suka tau tak payah lelama kat dapur. Boleh luangkan masa dengan anak-anak.


Tak pun sambung siapkan kerja lain. Zaman sekarang mak-mak semua super sibuk. Tak kiralah yang kerja kat rumah, bisnes macam MD. Atau yang kerja di pejabat. Jadi masak haruslah pantas.

5 Tips Memasak Cepat, 30 Minit Siap Masak & Dapur Pun Bersih Berkilat

tips memasak cepat, tips masak cepat, tips masak untuk ibu bekerja,

1-Senaraikan Menu Harian

Ini mastermind kepada semua tips lain. Buat menu untuk seminggu. Dari hari Isnin hingga Ahad. 

Lebih mudah, repeat menu dua kali dalam seminggu. Tapi kalau tekak suka lain-lain. Buatkan menu yang berlainan.

Pilih menu yang ringkas tapi sedap. Kan less is more kan? Pastikan menu sesuai untuk anak-anak dan suami. Menu ni boleh di buat malam hari Jumaat. Jadi esok boleh shopping di pasar.

Jangan pula pilih menu yang korang tak pernah masak lagi. Nanti terkial-kial jadinya. Kalau nak cuba masak meu-menu baru, try dulu masa hari cuti. Kan?

2- Beli Barang Basah Untuk Seminggu

Hah tips memasak cepat yang ni memang sangat jimat masa. Senang nak masak kalau bahan dah ada kat rumah.

Ni tengah feeling nak masak lemak cili api, santan pulak habes. Jadi seeloknya semak awal-awal. Dan buat senarai shopping.

Beli ikut menu yang dah dibuat. Berapa banyak? Itu bergantung pada perut ahli keluarga. Mom you know what best for your family right?

3- Simpan dan Susun

Bila dah beli, janganlah longgok semua dalam peti sejuk. Bersihkan ikan, ayam, sayur dan segalanya yang dah dibeli tadi.

Sudah bersih. Simpan dalam bekas plastik atau zip lock bag. Asingkan ikut menu harian. 

Nak masak, tinggal keluarkan yang mana penting je. Kalau simpan semua dalam satu bekas, leceh. Nak defrost dan frost semula. Lagipun sebaiknya elakkanlah perangai defrost dan frost. 

Bukan apa, khasiat dan rasa makanan tu boleh berkurang. Silap-silap boleh terkena bakteria.

Oh supaya senang nak cari. Labelkan bekas plastik tu. 

4- Siapkan Bahan Tumis

Tengok pada menu, dan siapkan bahan tumisan untuk seminggu. Kupas siap-siap bawang merah, bawang putih dan bahan lain yang berkaitan.

Boleh bungkus guna aluminium foil dan labelkan. Atau boleh terus blender siap-siap untuk seminggu. Dan simpan dalam bekas plastik atau kaca.

Nak lagi senang, buat ibu sambal siap-siap. Sambal ni boleh buat untuk stok 2 minggu terus. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada.

Nak masak tinggal tambah apa yang patut je. Senang kan?

5- Tangan Sotong

Tips memasak cepat yang terakhir. Bila di dapur kena multitasking. Barulah boleh siap semua dalam masa yang ditetapkan.

Sambil tunggu kuah mendidih. Boleh basuh peralatan yang dah guna untuk masak. 

Dan tips khas dari MD, kalau tak nak dapur berkecah masa tumis. Dari guna kuali, cuba guna periuk atau sauce pan. 

Kurang tenaga dan jimat masa nak mengelap minyak mercik-mercik. 

Dan lagi satu, kalau korang yang jenis suka makan goreng-goreng. Tapi malas gila nak main dengan minyak. Bolehlah consider beli Philips Air Fryer.

Ya Allah kerja-kerja menggoreng jadi senang sangat. Dan paling penting tak guna minyak.

Eh MD takde dapat komisen apa pun dari Philips ni. Cuba nak share dengan korang sebab best sangat Air Fryer ni. Ni dah masuk tahun ke 3 MD guna. My best friend masa di dapur.

Insyaallah kalau ikut tips memasak cepat MD ni, tak payah buang masa lama-lama kat dapur. Masa yang lebih tu boleh guna untuk sesuatu yang lebih produktif.

Oh MD ada petua tambahan ni. Masa masak tu, jangan biar masa berlalu macam tu je. Sambil tumis tu, zikir-zikirlah. Moga makin erat kasih sayang anak beranak. Makanan pun jadi lebih sedap.

Dan masa godak masakan tu, try godak ikut arah orang tawaf. Dari kanan ke kiri, ikut sunnah. Insyaallah tambah berkat.

MD rasa antara kerja yang paling sibuk sekali dalam dunia adalah jadi mak. Dari buka mata, sampai nak tidur, ada je kerja nak kena buatkan.

Bila dah sibuk tu, kadang badan jadi rasa letih sangat. MD suggest eloklah mak-mak ambil makanan tambahan, supaya tak mudah letih. Balik kerja pun relax je masak dan uruskan anak-anak. Boleh cuba Vita Lea with Iron Formula, sebotol RM88. Dan paling best ada 120 biji, tahan 4 bulan tau.

MD pegang satu prinsip ni, kalau mak sihat satu family akan turut sihat. Tapi kalau mak sakit ke penat, satu rumah pun letih dan tak sihat. Kan?

Oh sebelum nak say bye-bye, MD nak kongsi satu video. Sebab kenapa suami tak boleh buat kerja rumah tip top macam isteri buat. Ada satu kelebihan isteri yang takde pada suami tau. Nak tahu? Tengoklah video kat bawah ni.

You Might Also Like

3 comments

  1. boleh try apply ni, tq foe sharing MD :)

    ReplyDelete
  2. Bismillah,

    saya suka sangat dengan tios ini...sebab pantas memasak dengan hanya 30 minit siap dengan dapur bersih berkilat.

    ReplyDelete
  3. thx infonya sgt berguna bagi sy yg setiap pagi selalu kerepotan menyiapkan bekal utk anak dan suami

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube