Marah Anak, Jangan Sampai Menyesal Seumur Hidup

Thursday, November 06, 2014

Rasanya takde satu ibu ayah pun tak lepas dari marah anak. Cuma lepas marah tu, rasa berbaloi tak?

Atau ada timbul rasa menyesal?

Yelah, kadang marah anak atas sebab yang kecik sangat. Contoh, anak terjatuhkan iPhone 6 dalam lubang jamban.

marah anak kecil,


Huii mahu tak marah kan? Baru je beli. Plastik pun tak bukak lagi. 

Anak nak pegang. Tak bagi kang tak patut. Dah bagi, masuk pulak lubang jamban.

Yelah anak umur 4-5 tahun. Manalah berhalus jaga barang. Bukan dia tahu pun harga iPhone 6 yang kita beli tu dah dekat habis duit gaji sebulan.

Macam manalah tak marah anak kan? Barang mahal, dahlah payah nak dapat.

Hanya kerana iPhone 6 tu kita jerkah anak. Apalah yang dia tahu. Lagi teruk bila syaitan dah rasuk kepala.

Kita pukul pulak. Siap ada selingan kata-kata tak indah 'kau nie menyusahkan betul, kau tahu tak mahal'. Boleh hilang akal. Macam lupa pulak yang kita marahkan tu anak kita.

Lepas kahwin, kemain doa minta nak anak. Dah ada anak 'take for granted'. 

Pantang buat salah sikit marah. Anak nak manja-manja duduk atas riba, kita 'sanalah, tu ha pergi main dengan iPad Air yang abah beli, abah sibuk ni'.

Padahal tengah sibuk layan FB dan group Whatsapp.

Terkebik-kebillah anak. Cari mak, sibuk dengan baby baru. Bila dia nak main dengan baby 'kakak, janganlah usik adik, pergi kat abah'.

Dah jadi hidup dia tu macam asyik kena marah je. 

Nanti bila dia dah besar. Dia pulak marahkan kita. Kita pulak kata dia anak derhaka. Tapi kita lupa, kita dulu derhaka dengan anak. Kita tak bagi hak dia. 

Teringat Lady Noe kata, ada mak ayah yang tak berhak dapat doa 'Ya Allah, Engkau kasihanilah ibu ayah ku, sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil'.

Cuba renung kejap. Agak kita ni berhak tak nak dapat doa mulia dari anak.

Bukanlah kita tak boleh langsung marah anak. Ada cara, bukan membabi buta.

Sebelum nak marah tu. Kita 'pause' sekejap.

Tarik nafas. Kalau orang Islam lagi baik Istighfar. Banyak kali.


Sampai api marah tu reda. Lepas tu buat analisis. Contoh iPhone 6 masuk lubang jamban.

Tanya diri kita. Patut ke marah anak? Mana satu lebih penting iPhone ke anak? Siapa yang bersalah? 

Lepas tu. Barulah kita marahkan anak. Marah yang tak payah tengking-tengking.  Tapi kenalah tegas. Anak mesti tahu yang dia buat tu salah. Pepandailah reka ayat.

Lepas tu bergegaslah pergi selamatkan iPhone kita tu. Bijak kita bertindak. Maka banyaklah hati yang tak terluka.

Anak ni ada yang jenis pengingat. Janganlah sampai kita menyesal seumur hidup. Sebabkan kita asyik marah anak. Bila dah tua dia hantar kita rumah orang tua.

Masa tu nak menyesal pun tak berguna.

Dari kita marah-marah baik ajak naik main play dough --> Resepi Homemade Playdough Paling Mudah dan Lembut

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube